my dear baby

Showing posts with label recipes. Show all posts
Showing posts with label recipes. Show all posts

Wednesday, March 14, 2012

kek karamel

Bahan Karemel
1/2 tin susu cair
70g gula castor
1/2 sudu teh esen vanilla
3 biji kuning telur
Kacau susu dan gula hingga gula larut.
Kacau telur dan esen perlahan.
Satukan kedua2 bahan dan kacau rata perlahan aje.
Kemudian tapis ke dalam loyang gula hangus tadi.
Ketepikan.
Kalau nak dapatkan lapisan karemel yg tebal gandakan sukatan susu dan kuning telur.


Adunan Kek Bahan 1
70g gula kastor
3 biji telur kuning
135ml air
45ml minyak masak

Pukul telur kuning, minyak dan air sampai gebu dan tukar ke warna putih.
Kemudian masukkan gula kastor dan pukul lagi sampai naik sekali ganda.


 Adunan Kek Bahan 2
140 gm tepung gandum
1 sudu teh baking powder

Matikan  mixer dan masukkan tepung dan baking powder yg telah diayak
Masukan  sikit2 dan kacau perlahan secara kaup balik hingga kesemua bergaul sempurna.
Ketepikan.


 Merinque 
6 biji putih telur - pastikan jgn tercampur sedikit pun telur kuning
70g gula castor
1 sudu teh krim of tar2

Pastikan semua peralatan dalam keadaan kering
Pukul putih telur hingga berbuih
Masukkan gula dan tatar dan terus memukul dgn speed tinggi hingga adunan kental dan kaku. kalau kita terbalikkan loyang adunan putih telur tu tidak jatuh
Masukkan 1/3 bahan merinque kedalam adunantepung tadi.
Gaul rata secara kaup balik
Kemudian masukkan semua baki adunan merinque dan ratakan dgn kaedah kaup balik hingga bergaul sempurna. Kacau perlahan sahaja.

Bahagikan adunan kepada 3 bahagian yg sama banyak.
Letakkan pewarna yang anda sukai.

Kemudian tuangkan adunan kek ni ke atas lapisan karemel tadi.
Belang- belangkan adunan
Tuang 3 sudu lapisan pupple, kemudian 3 sudu lapisan pink di tengah-tengah lapisan purple. Kemudian tuangkan pula  3 sudu lapisan biru di tengah-tengah lapisan pink.
Buat begini sehingga 3/4 adunan, kemudian buat pula cara yg sama dgn 2 sudu pula.
Akhir sekali dengan satu sudu.
Lorekkan atas adunan dengan lidi.


Panaskan oven terlebih dahulu. Ita panaskan pada suhu 170 C terlebih dahulu. Bila dah masukkan kek dalam oven ita tukar pada suhu 160C
Gunakan api bawah sahaja.

Kaedah Steam Bath
Tuangkan air panas dalam loyang yg lebih besar dari loyang kek tadi.
Letakkan loyang yg berisi kek dalam loyang yg berisi air panas tadi
Letakkan pada rak bawah dalam oven.
Bakar kek pada suhu 160 C dengan api bawah selama 1 jam atau sehingga kek benar-benar masak.
Jangan buka pintu oven semasa proses pembakaran 1/2 jam pertama.
Selepas masak ita biarkan kek kekal dalam oven sehingga kek renggang di tepi loyang.
Terbalikkan kek atas pinggan dan biarkan kek turun sendiri.

Thursday, March 10, 2011

Cotton Soft Japanese Cheesecake

hepi sgt..finally i found da best plain cheese cake recipe =) cant wait to try dis recipe..cm sgt soft je texture cake ni..hmm sape2 nk recipe..review at this link ;) haish comments n feedbacks really make me so excited to try this recipe..really hope it will bake well ;) huhu tp bila tah leh wat cake ni..oven kt kg cm rosak je blk ari huhu

Tuesday, August 17, 2010

Kurma Ayam

sgt lama mau cuba masak kurma ayam tp asek postponed jek..so sempena bln pose ni nk gak try wat skali..em igt sok nk wat tp skali xde ubi kentang lak sok kena p bli dlu sok then br leh buat..bhn2 lain dh ade cuma kentang je..rempah kurma dh bli last sunday ari2..resepi pn dh tnye ciksu aritu..so juz tggu hasilnye ;) n here da recipe...

bhn2 (sukatan pandai2 la ye )


ayam
rempah kurma
santan
bwg mrh - dkisar atau dracik halus
bwg putih - dkisar atau dracik halus
halia  - dkisar atau dracik halus
kentang
kerisik 
sedikit susu pekat
kayu manis, bunga lawang , cengkih (optional)
bwg bsar belah empat
cili hijau


cara2


tumis bwg2 yg dikisar dan masukkkan halia serta kayu manis, bunga lawang dan bunga cengkih hingga naik bau..
kemudian masukkan rempah adabi yang telah dicampur dgn sedikit air. 
biarkn seketika kemudian masukkan ayam dan gaul hingga sebati..
agak2 ayam dah separuh masak..boleh masukkan santan dan kacau..
then masukkan sedikit susu pekat, cili hijau, bwg besar..
biarkan hingga mendidih kemudian msukkan ubi kentang dan kerisik dan masak hingga kentang empuk...

Sunday, August 15, 2010

ketupat sotong ( sotong sumbat )


bahan2 (sukatan main agak je )
sotong

santan
beras pulut
gula melaka
garam
daun pandan

cara2

rendam beras pulut ngan santan (sejam dua pon dah ok)


masukkan beras pulut dlm sotong..3/4 atau setgh je (jgn buang balance beras pulut yg dah rendam tu)


masukkan kepala sotong..'pin'kan ngan lidi


susunkan sotong lm peyok..letak daun pandan..santan..gula melaka n garam cecukup rasa


bila sotong dah mula mendidih..masukkan balance beras pulut..ketupat sotong masak bila pulut yg baru dimasukkan tu masak..



  
ok sempena bulan pose ni kite post resepi byk2 hehe actually da lama nk try wat ketupat sotong tp tah asek xjd..n smlm ttba ciksu ckp nk wat benda ni..so kitorg plan nextwiken mau cuba ini..since we never do diz so i google da recipe ;) bhn2 mmg spt yg di agak la hehe cma nk google kot2 ade perisa tambahan..hmm byk versi sbnrnye n yg ni adalah versi kelantan..

Wednesday, July 28, 2010

Shepperd's Pie

Bottom layer -... minced beef.
Middle layer - mashed potatoes.
Top layer - lots of grated cheese.

Bahan-bahan:

3 ulas bawang putih (hiris) - saya cincangkan.
1 biji bawang besar (cincang)
3 tangkai cili kering (hiris) - tak letak pun tak pe. tapi saya suka aroma dan rasanya
200 gm daging kisar
2 sudu teh serbuk cili - saya gantikan dengan 3 cili hidup yang dikisar sebab tak dan nak buat cili kisar dari cili kering
1/2 sudu teh serbuk kunyit - saya tak masukkan ni
3 sudu teh puri tomato
1/2 cawan air
1 batang celeri - potong dadu
garam secukup rasa
gula secukup rasa

4 biji kentang (saiz sederhana)
1/2 cawan lobak (diparut) - saya tak masukkan ni
1/2 cawan susu
1 sudu teh mentega - saya letak 1 sudu besar
1/2 cawan keju parut

parutan cheese (utk taburan) - yang ni ikut suka nak letak berapa banyak
minyak utk menumis

Cara-cara:

1. Panaskan minyak (saya masukkan sedikit butter dalam minyak ni). Tumis bawang besar, bawang putih & cili kering. Goreng sampai harum.

2. Masukkan daging. Goreng daging sampai kering. Masukkan cili, puri tomato, air, celeri, garam & sedikit gula. Biarkan hingga daging empuk dan kering. Angkat dan toskan untuk buang lebihan minyak.

3. Rebus kentang sampai lembut. Buangkan kulit. Lecekkannya bersama susu, mentega & keju parut. Kalau nak mudah, masukkan semua bahan ni ke dalam blender, blendkan aje.

4. Sapukan mentega di permukaan loyang (tin/kaca). Letakkan daging di bahagian bawah loyang, ratakan. Kemudian letak pula kentang, ratakan. Akhir sekali letakkan keju parut. Kalau suka banyak, letak la banyak-banyak.

5. Bakar selama 30 mins @ 170 degree Celsius.

 

 

hmm agak lama x update recipe..td br bkk FB n ttengok post Kongsi Resepi..de shepperd 'spie..hoho dh lama dgr tp xtau cm simple jek nk buat rupanye..hmm nti leh try la sb nmpk pic cm not bad huhu try t post pic herut notwork out..mls nk copy paste n save yg tu..nnti la bla dh try update len my 1st shepperd's pie ;)

Thursday, May 20, 2010

Vanilla Cuppies

hi,welcome back! =) hehe such a long time no post about recipe uhuhu sbnye quite long time i didnt cook ;p blk kg pn skjap je so not into cooking mood but more into eating mood haha dat's true! ;) hmm tp ade la blk ari2 try wat cuppies co'z so eager when juz got da recipe from my friend..n it was my parent's anniversary so ape lg try la! here da original recipe..sgt sedap sb xprnh try pn buat vanilla cuppies..biase choc cuppies hehe due to many choc stock @home ;p i juz alter a bit at the topping part hehe biase la dat's me kn ;) dh 2 kali wat n da taste not disappointed uhuhu but the deco part hav to learn more la since im not an artistic person..sgt geram tgk cuppies yg cantek2 n teringin nk msk klas cupcakes hehe dh survey tp ms je xkena..tp xkire 1day hav 2 join gk!;)


CUPCAKES
BAHAN :
250g tepung naik sndr
250g gula kastor
250g butter (1 buku)
5 biji telur
sedikit perasa vanila
sedikit baking powder
 
CARA-CARA :
#Pukul butter & gula caster hingga gebu.
# Masukkan telur satut persatu & pukul.
# Masukkan tepung sedikit-sedikit & pukul lagi hingga kembang.
# Akhir sekali masukkan perisa vanila.
# Sediakan cup & isikan 1/2 atau 3/4 penuh.. resipi ni bole buat 30 cup 2oz..
# Bakar pada suhu 170 C (atau 180 C) bergantung pada jenis oven masing-masing, lebih kurang 12-15 minit. (panaskan dulu oven sebelum masukkkan kek.. dlm 5- 10 minit..)


4 TOPPING:
BAHAN :
250g creamwell
500g ising sugar
perasa vanilla / apa2 la.. lemon pun ok..


# pukul creamwell sampai jadik gebu putih..
# masukkan gula sikit demi sedikit sampai agak2 dah x cair sgt.. masukkan perasa..
# masukkan color kalau suka.. then DEKO DEKO DEKO...




 rupa b4 deco..sgt wangi bau vanilla n da taste also gud ;p


here da 1st trial..haha bad deco done by my sisters n me ;)

 
 2nd trial 4 ciksu's besday..deco2 with my little sista n da boys
hehe theme is da boys in da mum's garden heart ;)





Saturday, November 14, 2009

spageti lala bercili

Bahan-bahan:

250g        spageti, masak mengikut arahan pada bungkusan
1kg          lala, dicuci bersih
10 biji     cili padi, ditenyeh (haha sound funny dis word)
180g        susu isian sejat marigold
5 ulas       bawang putih, dicincang dgn elok
1 cwn      selasih thai (gunakan daun selasih thai shj)
garam dan lada utk tambahan rasa


cara penyediaan :
  1. masukkan lala ke dlm kuali dan tutup dgn penutup. Biarkan sehingga masak.
  2. Alihkan lala ke dlm mangkuk dan simpan pati lala berasingan.
  3. masukkan 4 sudu besar minyak zaitun dan tumis bwg putih dan cili padi sehingga wangi. Masukkan pati lala tadi bersama susu isian sejat marigold dan didihkan dgn perlahan.
  4. kemudian, gaulkan lala yg telah masak bersama daun selasih. tambahkan garam dan lada secukup rasa. 



hehe another spaghetti recipe ala2 spaghetti aglio olio =) arrghh mmg xsabar nk blk umah nk msk spageti huhu this recipe really look delicious plus im really love LALA uhhh beshnye...hmm tgk resepi pn cm simple je nk wat tp xtau la sb xwat pn lg =p nnti dh try leh post the pic how its look like =)




Monday, November 9, 2009

Spaghetti Aglio Olio

Bahan-bahan
500 gram spaghetti
100 ml olive oil
8 ulas bawang putih dihiris nipis
7 tangkai cili padi dihiris nipis
5 tangkai daun basil dihiris halus
1 sudu teh serbuk stok ayam maggi
garam secukup rasa
stok sayuran 200 ml (air rebusan carrot, bawang, dengan celery)
Parmesan cheese 50 gram
sedikit oregano, parsley dan lada hitam





Cara-cara
Rebus spaghetti sehingga lembut dan tos. Percikkan sedikit olive oil dan gaul.


Untuk kuahnya, tumiskan bawang putih dan cili padi dengan olive oil sehingga naik bau diatas api yang sederhana. Masukkan daun basil dan stok sayuran. Tambah garam secukup rasa. Sebelum matikan api, masukkan spaghetti kedalam kuahnya dan kacau perlahan supaya tidak putus.
Taburkan daun parsley kering dan parmesan cheese untuk rasa yang lebih kick. Selamat mencuba.





hmm ttba teringin sgt nk mkn spaghetti aglio alio huhu ari2 de jumpe kt paper resepi..nmpk bhn2 xbyk n cm seng nk wat hehe tp xtau la sb xprnh wat pn =p hmm ni teringn nk blk umh nk try wat..kalo biase b4 ni wat spaghetti bolognese or mushroom spaghetti je..so kali ni kite try resepi br..so ni hasil resepi yg search kt internet..nmpk cm lbh kurg yg ari2 je..arghh bestnye kalo dpt mkn skrg huhu

Friday, September 11, 2009

Kek Coklat

tepung naik sendiri     2 cwn
gula halus                  2 1/4 cwn(original recipe 3cwn tp alter sb sk manis)
telur                         3 biji
butter                       1 1/4 buku (em buku ke ketul?300gm la seng)
susu choc dutch lady   1 kotak(kdg2 letk 1 1/2 kotak sb sk kek lembab skit)
esen vanila                1 sudu kecil


Cara2:
  1. Butter + gula dimesin hinga kembang pas2 masukkn telur 1 by 1. 
  2. Bila dah kembang masukkn tepung naik sendiri+serbuk koko+esen vanila.Bila dh masuk tepung jgn mix lama sgt sb nanti x nek. 
  3. Pas2 masukkn susu choc dutch lady n bakar dlm ms 30-45mnt (180+C)


*Hiasan: cairkan choc mskn dgn 1 sudu myk msk..pas2 sapu atas kek n then tabur choc rice..siap!! sedia dimkn =p em cairkan choc tu kena double boiler..






hmm smlm on phone dgn die..n die ckp sk mkn choc cake..huhu caner leh xtau ni??tp ari2 time braya kt umah die ckp sk kek batik n beria mkn kek batik je...hmm mayb sb time tu x offer cake choc kot..duk dlm bekas tertutup n kek batik lak dlm piring dpn mata..hmm sb 2 teringat nk post resepi choc cake..n ni la resepi choc cake yg slalu wat slalu..ry mmg x prnh miss la choc cake ni..actly i love baking cakes than make cookies co'z it's easier n x renyah org ckp..hehe kalo wat biskut ni nk kena uli, terap bentuk la pas2 bakar lak satu persatu huhu byk keje kn..tp kalo cake seng je..msk sumer bhn, mix, tuang dlm loyang then bakar tnggu mask..done!!kn simple n sedap nyum2 =) hmm so far x prnh dh try resepi len lg wat choc cake since dpt resepi ni from my aunty..die pn dpt dr kwn die...b4 ni byk gak try resepi tp cm x kena selera n bla try yg ni rs ok so mls dh nk try len lgpn simple je bhn2 nye...n ry ni cake choc ni dh termasuk dlm menu utama pn..utk ry 1st n 3rd during open house...

Monday, August 31, 2009

cheese cake

Bahan-Bahan :
250 gm krim keju
250 gm tepung sponge mix
50 ml air kosong
50 ml mnyak jagung
4 biji telur gred B

Cara :
Pukul tepung, telur dan air kosong hingga kembang dan tidak melelh (pekat). Masukkan krim keju dan pukul lagi. Akhir sekali masukkan minyak jagung dan bakar dalam suhu 180 darjah celcius.

Tambahan :
sekiranya suka lebih rasa keju boleh tambahkan kuantiti krim keju.




here recipe for cheese cake yg ala ala La boheme tuh (kdai kek kt Jusco yg biase jual RM10 or RM12) tp len skit la..yg tuh nek tggi n gebu but not mine..rasa dh ade tp tekstur die len skit..yg ni die lembut tp padat..x gebu..hehe next try nk try letak serbuk penaik la..ikut resepi xpyh sb sponge mix mmg dh lngkp..xpe kite ubah skit..yg wat 2 pn tmbh separuh lg cheese br besh haha actly dh 3x wat use difference recipes..so this the best one la kot..kalo sape2 de lg besh bleh share =)

Friday, August 28, 2009

Begedil besh ;)

Bahan-bahan
daging kisar
kentang,digoreng
bawang merah, dgoreng

bwg putih, digoreng
ikan bilis, digoreng
daun sup/daun bawang,dimayang halus
garam

lada sulah/black paper ajishio
telur untuk dicelup

Bahan sos cili api (mesin halus):
Cili api
Bwang putih
Limau nipis
kicap


hmm dh jumpe resepi soto...tp bla tah nk try wat..ct de 3 ari je lg kt umh nih..tp ari2 try wat begedil hehe ok la not bad for the beginner kn..kire gorg xpecah 2 dh jd la =D..yg cni resepi begedil yg amik ngan muli..mmg sgt best =) hmm tah jd ke x ry ni nk wat soto..bla pk blk cm leceh la sb nk wat begedil lg renyah hehe wat lontong lg seng =D emm tgk la mood caner haha


Sunday, August 23, 2009

Begedil

Bahan-bahan:
1kg ubi kentang
sedikit ubi keledek ( xnk bg pecah bla grg)
10 biji bwg merah kecil (bwg india tu..lbh lg sedap)
5 biji bwg putih
ikan bilis ( ikut sk..lg byk lg bes )
sedkit daun bawang

lada sulah ( nk pedas letak byk )

Cara-cara:
  1. semua bhn2 td dipotong dan digoreng
  2. pas2 semua bhn2 td ditumbuk..bwg merah tggl separuh jgn tumbuk. kentang td jgn tumbuk lumat sgt sb tkt bla goreng hancur.
  3. then, ikan bilis, bwg yg dh dtumbuk dcampur dgn ladah sullah.pas2 campurkan dgn kentang dan ubi keledek yg dh ditumbuk.
  4. semua bhn digaul rata dan dimasukkan daun sup nk bg wangi..lepas2 kepal dan bentukkan.
  5. dicelup dgn telur yg dah dipukul campur sedikit garam..then goreng.jgan api kuat sgt sb tkt die pecah..siap goreng sedia dimakan..


resepi ni br je mik...xtry wat sendiri lg..tp ari2 dh tlg wat ms bbq klas kt kulim..mmg best sb 2 mik resepi nih..=)






Saturday, August 8, 2009

Choc Cupcakes

Tetiba rasa teringin nk wat kek huhu dh lama tul xwat kek..haha windu lak nk main2 tepung...hmm skrg ni famous tul cupcakes hehe igt nk wat la ry nanti..tp b4 2 blk try wat dlu ct skolah nih...arghh x sabar nk blk umah!!! hmm kalo jd cupcakes nih br on 4 raya..so, this is the easiest recipe I've found hehe xtau la tp nmpk cm seng jek..bhn2 pn ok..papehal nnti dh wat update len =)

Bahan – bahan :
2 cawan tepung
2 cawan gula
1/2 cawan serbuk koko
1 1/2 sudu teh soda bikarbonat
1 1/2 cawan susu
1/2 cawan butter
2 sudu teh esen vanila
2 biji telur *


Cara-cara :
  1. Panaskan oven 180C. Campurkan ke semua bahan (kecuali *) dalam bekas mixer. Pukul dengan kelajuan rendah hanya untuk bg campuran itu sebati. Kemudian pukul dgn kelajuan tinggi lebih kurang selama 2minit. Lepas itu tambah telur dan pukul lg dgn kelajuan tinggi selama 2minit lagi.
  2. Sudukan adunan dalam papercups. Kalau nk cupcakes yang rendah, letak tak sampai ¾ tinggi cups. Yang saya buat ada yg tinggi, ada yg rendah. Bakar selama ±20min gitu atau hgga masak. Suhu oven terpulang pd oven masing2, saya guna 170C.
  3. Bila dah masak boleh diletak topping kalau suka.
  4. Topping : ¼ cwn susu pekat + ¼ cwn serbuk koko + ¼ buku butter. Masukkan smua dlm periuk, panaskn atas api & terus kacau, sekejap aje iaitu bila dah bercampur smua & beku sket trus angkat and sapukan atas cupcake yg telah sejuk. Hias ikut citarasa masing2.