my dear baby

Saturday, April 23, 2011

tik tok tik tok..1mgu lg!

huhu juz 1 week left..cm xcaya je kn?rsnye br je accept proposal hehe pas2 gaduh2 majuk2 huhu tup tup dh nk kawen pn..nextwek lak tuh!huhu mix feeling now..bla org tnye psal preparation caner..dh siap sumer?huhu xtau nk jwb caner sb rs lg x setel mjls lg tu la rs cm x siap sumer..hmm smlm br bli tmbh paperbag lg n pg td umi call suh tmbh lg..no choice n tmrw  i have 2 go to semua house again..alhamdulillah smlm dh setel photographer..huhu seb baik dpt n mtk2 ok la..em da price quite reasonable 4 da last minute even over da budget skit..huhu ni sb amik jgk outdoor..thanks dear 4 dat!!emm cincin pn dh amik..kelmarin umi cal btau yg org kdai dh cal ckp cincin dh siap huhu pasni rs cm mls dh nk wat kt ctu lg..servis cm xbgs huhu igt org knal cm ok la tp asek skt ati je..since cincin tung lg n ni cincin kawin suppose janji akhr bln 3 siap huhu tp bengang blk ari2 nk amik x siap lg..quite sad sb xleh nk tgk dlu huhu tpksa suh adik yg amik..n then the price up skit from the budget..tp x ksh la janji siap n cantik..tnye adik die ckp sma sbijik cm yg contoh tmph ari2 huhu bkn ape tkt jd cm cincin tunang ari2..lain nk lain yg jd..hopefully ok!hmm pray hard that everything will b ok..oh sy dh dpt adiah kawin hehe from my buddies nina..tp x g amik lg la..hehe xpe la nant bla2 free g amik..oh lg satu sy cm terasa akn dpt adiah oven je hihi kalo dpt bestye..bleh buat kek!mixer dh request ari2 sb ade org tanye hehe tp xtau la dpt x..xdpt pn xpe bleh bli sendiri..em now wish list tgl blender haha lama dh nk bli tp xjd2..nant kena bli gk ni sb ade org suh msk kn..hehe kalo xdpt adiah blender..nmpknye mr.hubby-2-b kena bli la ye nanti..keperluan umh tu ;) em smlm bg kad  kt warga skol..cian diorg sbuk nk dtg kenduri sb nk jln2 trg..ckp kenapa x buat time ct skol so leh wat rombongan ke sana huhu sori la tpksa plh tarikh ni je yg most available..hehe smlm pn dh bg kad kat gb dgn mkna sy nk apply ct haha nmpknye dh dpt green light tuk ct 3 ari..ye la nk kawen kn huhu xkn xmo bg lak..tp yg xbest bla gb ckp last day b4 blk jmpe die huhu mest nk bg adiah la tu..alahai seganye nk jumpe huhu cm beria2 nk adiah la pulak!huhu bg kad bkn mksd nk adiah..tp sekadar nk menjemput n inform nk kawen huhu ye la kn nant ckp nk kawen x bgtau..maklong yg tkg cuci kt skol pn ckp nant nk bg adiah pas bg kad huhu bkn tujuan nk adiah la bg kad..huhu xbg kad slh..bg pn rs cm serba slh..ye la dh slalu jumpe sembang kt skol so kena la bg semua warga skol..haha seb baik dgn jaga x baik sgt so xde la nk jmpt..nak2 mulut maklong leh tahan jgk huhu so b4 kena sound baik sediakn pyg inform  n jemput je ;) hmm adiah tu sampingan je..kwn2 dtg pn dh most appreciate huhu nk2 yg jauh sggup blk kg..terasa cm mnyusahkan huhu kalo byk duit dh sponsor mn yg ptt..hmm ckp sal duit teringat lak sal saman dbkl!!!uwaa sedih tol..mmg la dr dlu lg kalo ade duit lebih skit mest ade yg nk kena kua blk..papepn redha je..rezeki di tgn Allah..hanya dia yg Maha mengetahui segala-galanya yg terbaik..mudah-mudahan di murahkan rezeki lg dan majlis nanti berjalan lancar..amin

Monday, April 18, 2011

cuma senipis kulit bawang

huhu bukan menentang sunnah tp sy mmg xmampu untuk itu..berdoa agar sy tidak di uji dgn ujian seberat ini..dgn keimanan yg senipis kulit bwg..sgt bimbang sy x mampu mghadapi ujian sebesar itu..=( ya Allah..lindungi hambaMu yg lemah ini..sesungguhnya sy x mampu menjadi sebaik siti khadijah mahupun setulus siti aisyah yg sanggup berkongsi suami..kenapa rmai pompuan xsk poligami?sb poligami byk pahit dr manis..mungkin luaran nmpk manis tp dalaman yg luka x siapa tahu..hmm isteri mmg xleh cr laki lain sb pompuan bleh kawin sorg je huhu kalo ade lelaki lain org akan kata curang..tp hakikatnye perasaan yg isteri rs bla suami nk kawin lain sm mcm suami curang..cuma xleh nk kata curang sb laki bleh kawin lebih dr 1..yg pasti bla suami nk kawin lain..isteri mest rasa LOSER sgt sb die xmampu nk bahagiakn suami smpi suami cr pompuan lain huhu tahlah tp yg pasti poligami mmg igauan ngeri buat semua pompuan walaupun poligami adalah sunnah..hmm mlm ni en.google sgt bjasa huhu collect some input about poligami..n here they're...
Lelaki & wanita mmg dijadikan Tuhan berbeza dlm hampir semua perkara.. Bergantung kepada kita untuk amik yg positif atau negatif, mmg tiada jalan mudah untuk berjaya & bahagia.. jika nak amik yg negatif maka kita akan menyalahkan benda2 lain kecuali kita sendiri! Sebaliknya jika nak amik yg positif, kita akan cuba memahami kenapa Tuhan jadikan wanita & lelaki berbeza?? sbb utama agar lelaki & wanita saling lengkap-melengkapi.. kita kena terima perbezaan antara lelaki & wanita jgn cuba nak ubah fakta ini! lelaki biasanya kurg melayan hal2 remeh/ perasaan kerana lelaki lebih berfikir secara logik.. tetapi wanita adalah sebaliknya kerana wanita dianugerahnya emosi yg melebihi lelaki..yg ideal lelaki kena cuba fahami wanita & wanita pulak cuba fahami lelaki.. tp itu tak semudah bagai dikata.. jalan terbaik ialah dua2 pihak sama2 berbincang bagaimana untuk melayan pasangan masing2.. yg penting kena terima kekurangan diri & pasangan, fahami perbezaan, jgn harapkan perubahan mendadak. Walau dlm apa jua masalah jgn melampaui adab2 tertentu.
Perempuan suka merajuk kerana emosi perempuan melebihi lelaki, lelaki pulak tak ramai yg suka memujuk kerana lelaki lebih menggunakan logik yg menyatakan "yg dah lepas dah berlaku, menangis meraungpun takkan mengubah keadaan"!! Jadi pandai2 lah menangani masalah masing2 kerana hanya kita yg paling mengenali pasangan kita.
Si suami jika ingin berpoligami pastikan anda melihat diri anda terlebih dahulu,
tanya diri anda :
1) Kenapa perlu berpoligami?
2) Layak ke anda berpoligami?
3) Mampu ke dari segi zahir?
4) Mampu ke dari segi batin?
5) bagaimana cara pengurusan rumahtangga setelah berpoligami? ianya bukan semudah yg anda bayangkan.
6) bagaimana tentang masa depan bakal anak-anak?
7) Jika berlaku kematian kepada anda,apa yang anda tinggalkan untuk isteri2 dan anak2 anda? Kukuhkah ekonomi anda?
8) Apa perasaan isteri anda dan cara anda memujuknya.(walaupun isteri redho tetapi jauh di lubuk hatinya masih ada juga bibit2 sedih dan tertanya2, anda harus memahami pyskologi wanita)
9) Apa perasaan mak ayah mertua, bagaimana nak jelaskan pada mereka. jangan lupakan mereka.
10) Apa perasaan anak-anak? terjejaskan mereka dengan tindakan anda. mesti berbincang dengan anak-anak dan jelaskankan kepada mereka.
Pendek kata anda harus memikirkan dari segenap sudut,bukan hanya memikirkan kemahuan dan perasaan anda sahaja.Jangan juga cuba meringkaskan jawapan anda dengan menjawab "kawin 2,3,4 kan sunnah nabi" Bab kawin ikut sunnah,bab lain2 bagaimana??

Kepada suami yang tak layak tu cukup2 la.. janganlah rosakkan keharmonian rumah tangga anda.Keluarga umpama sebuah kapal dan suami sebagai nahhoda,anda sendiri tahu keadaan diri dan kapal anda. Insafi diri dan bykkan istigfar.


"Maka berkahwinlah dengan sesiapa yang kamu ber-kenan dari perempuan-perempuan (lain): dua, tiga atau empat." (Al-Qur'an, Surah an-Nisak ayat 3)
Ayat di atas menerangkan dengan jelas bahawa Allah telah menetapkan seseorang itu berkahwin tidak boleh lebih dari empat orang isteri. Jadi, Islam membatasi kalau tidak beristeri satu, boleh dua, tiga atau empat sahaja.
Pembatasan ini juga bertujuan membatasi kaum lelaki yang suka dengan perempuan agar tidak berbuat sesuka hatinya. Di samping itu, dengan pembatasan empat orang isteri, diharapkan jangan sampai ada lelaki yang tidak menemukan isteri atau ada pula wanita yang tidak menemukan suami. Mungkin, kalau Islam membolehkan dua orang isteri saja, maka akan banyak wanita yang tidak menikah. Kalau pula dibolehkan lebih dari empat, mungkin terjadi banyak lelaki tidak memperolehi isteri.
"Kemudian jika kamu bimbang tidak dapat berlaku adil (di antara isteri-isteri kamu), maka (kahwinlah dengan) seorang sahaja, atau (pakailah) hamba-hamba perempuan yang kaumiliki. Yang demikian itu adalah lebih dekat (untuk mencegah) supaya kamu tidak melakukan kezaliman." (Al-Qur'an, Surah an-Nisak ayat 3)
Dengan tegas diterangkan serta dituntut agar para suami bersikap adil jika akan berpoligami. Andaikan takut tidak dapat berlaku adil kalau sampai empat orang isteri, cukuplah tiga orang sahaja. Tetapi kalau itupun masih juga tidak dapat adil, cukuplah dua sahaja. Dan kalau dua itu pun masih khuatir tidak boleh berlaku adil, maka hendaklah menikah dengan seorang sahaja.
Para mufassirin berpendapat bahawa berlaku adil itu wajib. Adil di sini bukanlah bererti hanya adil terhadap para isteri sahaja, tetapi mengandungi erti berlaku adil secara mutlak. Oleh kerana itu seorang suami hendaklah berlaku adil sebagai berikut:
a) Berlaku adil terhadap dirinya sendiri.
Seorang suami yang selalu sakit-sakitan dan mengalami kesukaran untuk bekerja mencari rezeki, sudah tentu tidak akan dapat memelihara beberapa orang isteri. Apabila dia tetap berpoligami, ini bererti dia telah menganiayai dirinya sendiri. Sikap yang demikian adalah tidak adil.
b) Adil di antara para isteri.
Setiap isteri berhak mendapatkan hak masing-masing dari suaminya, berupa kemesraan hubungan jiwa, nafkah berupa makanan, pakaian, tempat tinggal dan lain-lain perkara yang diwajibkan Allah kepada setiap suami.
Adil di antara isteri-isteri ini hukumnya wajib, berdasarkan firman Allah dalam Surah an-Nisak ayat 3 dan juga sunnah Rasul. Rasulullah (s.a.w.) bersabda, maksudnya;
"Barangsiapa yang mempunyai dua isteri, lalu dia cenderung kepada salah seorang di antaranya dan tidak berlaku adil antara mereka berdua, maka kelak di hari kiamat dia akan datang dengan keadaan pinggangnya miring hampir jatuh sebelah." (Hadis riwayat Ahmad bin Hanbal)
i) Adil memberikan nafkah.
Dalam soal adil memberikan nafkah ini, hendaklah si suami tidak mengurangi nafkah dari salah seorang isterinya dengan alasan bahawa si isteri itu kaya atau ada sumber kewangannya, kecuali kalau si isteri itu rela. Suami memang boleh menganjurkan isterinya untuk membantu dalam soal nafkah tetapi tanpa paksaan. Memberi nafkah yang lebih kepada seorang isteri dari yang lain-lainnya diperbolehkan dengan sebab-sebab tertentu. Misalnya, si isteri tersebut sakit dan memerlukan biaya rawatan sebagai tambahan.
Prinsip adil ini tidak ada perbezaannya antara gadis dan janda, isteri lama atau isteri baru, isteri yang masih muda atau yang sudah tua, yang cantik atau yang tidak cantik, yang berpendidikan tinggi atau yang buta huruf, kaya atau miskin, yang sakit atau yang sihat, yang mandul atau yang dapat melahirkan. Kesemuanya mempunyai hak yang sama sebagai isteri.
ii) Adil dalam menyediakan tempat tinggal.
Selanjutnya, para ulama telah sepakat mengatakan bahawa suami bertanggungjawab menyediakan tempat tinggal yang tersendiri untuk tiap-tiap isteri berserta anak-anaknya sesuai dengan kemampuan suami. Ini dilakukan semata-mata untuk menjaga kesejahteraan isteri-isteri, jangan sampai timbul rasa cemburu atau pertengkaran yang tidak diingini.

iii) Adil dalam giliran.
Demikian juga, isteri berhak mendapat giliran suaminya menginap di rumahnya sama lamanya dengan waktu menginap di rumah isteri-isteri yang lain. Sekurang-kurangnya si suami mesti menginap di rumah seorang isteri satu malam suntuk tidak boleh kurang. Begitu juga pada isteri-isteri yang lain. Walaupun ada di antara mereka yang dalam keadaan haidh, nifas atau sakit, suami wajib adil dalam soal ini. Sebab, tujuan perkahwinan dalam Islam bukanlah semata-mata untuk mengadakan 'hubungan seks' dengan isteri pada malam giliran itu, tetapi bermaksud untuk menyempumakan kemesraan, kasih sayang dan kerukunan antara suami isteri itu sendiri. Hal ini diterangkan Allah dengan firman-Nya;
"Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaan-Nya, dan rahmat-Nya, bahawa la menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikan-Nya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir." (Al-Qur'an, Surah ar-Ruum ayat 21)
Andaikan suami tidak bersikap adil kepada isteri-isterinya, dia berdosa dan akan menerima seksaan dari Allah (SWT) pada hari kiamat dengan tanda-tanda berjalan dalam keadaan pinggangnya miring. Hal ini akan disaksikan oleh seluruh umat manusia sejak Nabi Adam sampai ke anak cucunya.
Firman Allah (SWT) dalam Surah az-Zalzalah ayat 7 hingga 8;
"Maka sesiapa berbuat kebajikan seberat zarrah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)! Dan sesiapa berbuat kejahatan seberat zarrah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)."
c) Anak-anak juga mempunyai hak untuk mendapatkan perlindungan, pemeliharaan serta kasih sayang yang adil dari seorang ayah.
Oleh itu, disyaratkan agar setiap suami yang berpoligami tidak membeza-bezakan antara anak si anu dengan anak si anu. Berlaku adil dalam soal nafkah anak-anak mestilah diperhatikan bahawa nafkah anak yang masih kecil berbeza dengan anak yang sudah besar. Anak-anak perempuan berbeza pula dengan anak-anak lelaki. Tidak kira dari ibu yang mana, kesemuanya mereka berhak memiliki kasih sayang serta perhatian yang seksama dari bapa mereka. Jangan sampai mereka diterlantarkan kerana kecenderungan si bapa pada salah seorang isteri serta anak-anaknya sahaja.
Keadilan juga sangat dituntut oleh Islam agar dengan demikian si suami terpelihara dari sikap curang yang dapat merosakkan rumahtangganya. Seterusnya, diharapkan pula dapat memelihara dari terjadinya cerai-berai di antara anak-anak serta menghindarkan rasa dendam di antara sesama isteri.
Sesungguhnya kalau diperhatikan tuntutan syarak dalam hal menegakkan keadilan antara para isteri, nyatalah bahawa sukar sekali didapati orang yang sanggup menegakkan keadilan itu dengan sewajarnya.
Bersikap adil dalam hal-hal menzahirkan cinta dan kasih sayang terhadapisteri-isteri, adalah satu tanggungjawab yang sangat berat. Walau bagaimanapun, ia termasuk perkara yang berada dalam kemampuan manusia. Lain halnya dengan berlaku adil dalam soal kasih sayang, kecenderungan hati dan perkara-perkara yang manusia tidak berkesanggupan melakukannya, mengikut tabiat semulajadi manusia.
Hal ini sesuai dengan apa yang telah difirmankan Allah dalam Surah an-Nisak ayat 129 yang berbunyi;
"Dan kamu tidak sekali-kali akan sanggup berlaku adil di antara isteri-isteri kamu sekalipun kamu bersungguh-sungguh (hendak melakukannya); oleh itu janganlah kamu cenderung dengan melampau-lampau (berat sebelah kepada isteri yang kamu sayangi) sehingga kamu biarkan isteri yang lain seperti benda yang tergantung (di awang-awang)."
Selanjutnya Siti 'Aisyah (r.a.) menerangkan, maksudnya;
Bahawa Rasulullah (s.a.w.) selalu berlaku adil dalam mengadakan pembahagian antara isteri-isterinya. Dan beliau berkata dalam doanya: "Ya Allah, inilah kemampuanku membahagi apa yang ada dalam milikku. Ya Allah, janganlah aku dimarahi dalam membahagi apa yang menjadi milikku dan apa yang bukan milikku."
Menurut Prof. Dr. Syeikh Mahmoud Syaltout; "Keadilan yang dijadikan syarat diperbolehkan poligami berdasarkan ayat 3 Surah an-Nisak. Kemudian pada ayat 129 Surah an-Nisak pula menyatakan bahawa keadilan itu tidak mungkin dapat dipenuhi atau dilakukan. Sebenamya yang dimaksudkan oleh kedua ayat di atas ialah keadilan yang dikehendaki itu bukanlah keadilan yang menyempitkan dada kamu sehingga kamu merasakan keberatan yang sangat terhadap poligami yang dihalalkan oleh Allah. Hanya saja yang dikehendaki ialah jangan sampai kamu cenderung sepenuh-penuhnya kepada salah seorang sahaja di antara para isteri kamu itu, lalu kamu tinggalkan yang lain seperti tergantung-gantung."
Kemudian Prof. Dr. T.M. Hasbi Ash-Shidieqy pula menerangkan; "Orang yang boleh beristeri dua ialah yang percaya benar akan dirinya dapat berlaku adil, yang sedikit pun tidak akan ada keraguannya. Jika dia ragu, cukuplah seorang sahaja."
"Adil yang dimaksudkan di sini ialah 'kecondongan hati'. Dan ini tentu amat sulit untuk dilakukan, sehingga poligami adalah suatu hal yang sukar untuk dicapai. Jelasnya, poligami itu diperbolehkan secara darurat bagi orang yang benar-benar percaya dapat berlaku adil."
Selanjutnya beliau menegaskan, jangan sampai si suami membiarkan salah seorang isterinya terkatung-katung, digantung tak bertali. Hendaklah disingkirkan sikap condong kepada salah seorang isteri yang menyebabkan seorang lagi kecewa. Adapun condong yang dimaafkan hanyalah condong yang tidak dapat dilepaskan oleh setiap individu darinya, iaitu condong hati kepada salah seorangnya yang tidak membawa kepada mengurangkan hak yang seorang lagi.
Afif Ab. Fattah Tabbarah dalam bukunya Ruhuddinil Islami mengatakan; "Makna adil di dalam ayat tersebut ialah persamaan; yang dikehendaki ialah persamaan dalam hal pergaulan yang bersifat lahir seperti memberi nafkah, tempat tinggal, tempat tidur, dan layanan yang baik, juga dalam hal menunaikan tanggungjawab sebagai suami isteri."
4. Tidak menimbulkan huru-hara di kalangan isteri mahupun anak-anak. Jadi, suami mesti yakin bahawa perkahwinannya yang baru ini tidak akan menjejaskan serta merosakkan kehidupan isteri serta anak-anaknya. Kerana, diperbolehkan poligami dalam Islam adalah untuk menjaga kepentingan semua pihak. Jika kepentingan ini tidak dapat dijaga dengan baik, maka seseorang yang berpoligami pada saat itu adalah berdosa.
5. Berkuasa menanggung nafkah. Yang dimaksudkan dengan nafkah di sini ialah nafkah zahir, sebagaimana Rasulullah (s.a.w.) bersabda yang bermaksud;
"Wahai sekalian pemuda, sesiapa di antara kamu yang berkuasa mengeluarkan nafkah, maka hendaklah kamu berkahwin. Dan sesiapa yang tidak berkuasa, hendaklah berpuasa."
Hadis di atas menunjukkan bahawa Rasulullah (s.a.w.) menyuruh setiap kaum lelaki supaya berkahwin tetapi dengan syarat sanggup mengeluarkan nafkah kepada isterinya. Andaikan mereka tidak berkemampuan, maka tidak digalakkan berkahwin walaupun dia seorang yang sihat zahir serta batinnya. Oleh itu, untuk menahan nafsu seksnya, dianjurkan agar berpuasa. Jadi, kalau seorang isteri saja sudah kepayahan untuk memberi nafkah, sudah tentulah Islam melarang orang yang demikian itu berpoligami. Memberi nafkah kepada isteri adalah wajib sebaik sahaja berlakunya suatu perkahwinan, ketika suami telah memiliki isteri secara mutlak. Begitu juga si isteri wajib mematuhi serta memberikan perkhidmatan yang diperlukan dalam pergaulan sehari-hari.

wallahualam..may my happiness will be blessed by Allah...amin

andainya lelaki tahu..

Andainya lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan jatuh cinta,
lelaki itu tidak semestinya punya segalanya
tetapi lelaki itu adalah segalanya di hatinya.

Andainya lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan itu mengalirkan air mata,
itu bukan bermakna dia lemah,
tetapi dia sedang mencari kekuatan
untuk terus tabah menyintai lelaki itu.

Andainya lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan marah,
memang dia tidak mampu mengawal perasaannya
tapi percayalah, itulah maknanya
dia sangat mengambil berat dan menyayangi lelaki itu.

Lihat saja pasangan yang baru bercinta, mereka jarang bergaduh.
Tetapi percayalah semakin bertambah sayang mereka pada seseorang,
semakin pula banyak pertelingkahan yang berlaku.

Andainya lelaki tahu..
Apabila perempuan bercakap banyak,
dia tidak pernah bermaksud untuk membuat anda rimas,
tapi dia mahu lelaki mengenalinya dengan lebih dekat.

Andainya lelaki tahu..
Apabila perempuan berkata dia mahu anda berubah,
itu bukan bermakna dia tidak mahu menerima anda seadanya,
tetapi dia mahu menjadikan anda lebih baik,
bukan untuk dirinya,
tetapi untuk masa depan anda.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan cemburu dan tidak percayakan anda,
bukan bermakna dia tidak sayang..
tetapi dia terlalu sayangkan anda
dan masih menganggap anda anak kecil
yang masih memerlukan sepenuh perhatian.

Kadang2 dia terlalu risau sekiranya terlalu percaya,
anda akan mengkhianati kepercayaan yang diberi.
Naluri keibuannya sangat kuat.
Dia hanya mahukan yang terbaik untuk anda.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan merajuk,
jangan kata dia mengada-ngada.
Dia bukannya mahu dipujuk dengan wang ringgit
atau hadiah sedozen,
tetapi cukup dengan perhatian
yang boleh buat perempuan rasa dihargai.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan jarang mengatakan ‘i love u’,
itu tidak bermaksud dia tidak menyintai
tetapi dia mahu lelaki itu merasai sendiri cintanya,
bukan hanya hadir dari kata-kata
tetapi juga melalui bahasa tubuhnya.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan kata dia rindu sama kamu,
dia benar-benar maksudkannya.
Apabila berjauhan, bayanganmu akan sentiasa bermain di mata.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan kata lelaki lain itu lebih baik dari kamu,
jangan percaya kata-katanya
kerana dia hanya mahu menguji kamu.
Dia mahu melihat sejauh mana kamu sanggup menjadi yang terbaik di matanya.
Walaupun sebenarnya memang kamulah yang terbaik di hatinya.

Selagi dia dengan kamu, percayalah,
walaupun perempuan menganggap masih ramai lagi yang lebih baik di matanya
tetapi di hatinya, kamu tetap yang terbaik.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan menjadi degil,
dia bukan bermaksud untuk menjadi degil
tapi dia mahu melihat
sejauh mana lelaki itu mampu bersabar dengan kerenahnya.

Percayalah, hati perempuan itu sangat lembut.
Andai kena caranya,
jangan terkejut kalau akhirnya dia menukar fikirannya dalam masa sesaat.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan berkata,
“tolong tinggalkan saya!”,
dia tidak bermaksud menyuruh anda pergi selamanya.
Dia hanya mahu menenangkan fikirannya sebentar saja.

Apabila dia kembali tenang,
percayalah dia akan mencari anda semula.
Itu tandanya dia benar-benar menyintai anda.
Perempuan sukar untuk mengawal perasaan.
Dia terlalu emosional.
Tapi dialah yang paling menyayangi anda
dan sangat sensitif dengan perubahan pada diri anda.

Andai lelaki tahu..
Sememangnya Allah menciptakan lelaki dan perempuan itu
dengan perbezaan yang tersendiri.
Tetapi sekiranya mereka saling memahami,
mereka akan saling melengkapi dan menyempurnakan.

Perempuan itu diciptakan oleh Allah indah sekali.
Di sebalik air matanya,
tersimpan seribu satu kekuatan
yang bakal menjadikan seorang lelaki itu merasa selamat bersamanya.

Biarpun zahirnya perempuan itu tampak lemah
tapi dia punya kekuatan tersendiri
yang bisa menggoncang dunia
dan mungkin bisa pula membuat lelaki menjadi lemah kerananya.

Jadi hargailah kehadiran seorang perempuan dalam hidup anda
kerana dia didatangkan bukan dengan kelemahan sahaja
tetapi dia juga ada kekuatan untuk menyokong anda
dan membuatkan hidup anda lebih sempurna.
Dialah yang bakal menjadi perempuan bekerjaya, isteri juga ibu
yang terbaik untuk anak2 anda.




1 of my friends post it on fb 4 her hubby..hmm nice words n part of it is so true..agreed with the words above..

Tuesday, April 12, 2011

110411

alhamdulillah..already 27yrs i lived healthy on Allah's earth with beloved families n friends around me..luv u all!!millions thanks  for all the birthday wishes n prayers =) may Allah bless us..n special thanks to mr.fiance 4 the birthday treat huhu sorry 4 always give u hard time ;( may this birthday makes me being more matured n a good muslimah..amin hmm 27yrs old already huhu time pass by so fast!already went through many memorable n  meaningful phases of my life..sweet, tough, sorrow n happy were nicely blend together that taught me to be who i'm now..but hoping that i'll be a better person as time goes on..huhu didn't mean that i'm not gud now but just wanna be better..yes, always aim for the sky as if u fall..at least u can reach the clouds,rite?;) kalo dlu ms kt u..as i'm only in early 20s..always wondering how i would be when i'm 27 yrs old haha y 27?bcoz luv number 7 kot ;p but i guess not much changes kot hehe ye ke?eh byk jgk kot..dlu x sk mkn sayur msk lemak..tp skrg dh sk ;) dlu kecik2 x brape sk sgt msk lemak2 guna santan ni huhu tp skg dh bleh mkn huhu tu yg makin byk lemak kot ;p hehe bleh katakan a lot of food i like now as the time changing n i grow up hehe dats me who luv to eat sooo much!! ;) oh today i get a choc from our GB huhu dunno y she is so kind to give us the choc as birthday present..for me n my osmet..hehe my osmet's besday is today, 120411..a day after my birthday..em mayb sb besday kitorg dkt2 kot huhu smlm msk pejabat die wish n ckp xde ape nk bg..tup2 die pegi amik anggur nk suap..adoi arini bg choc lak..huhu org bg amik je la kn..rezeki jgn dtolak musuh jgn dcari ;) lastly, i'm so hepi on my birthday this year..the lovely date n with the people i love..hope all the happiness are always mine n we always be blessed by Allah..amin

Friday, April 1, 2011

1st song ;)



(Mariah)
I would give up everything
Before I'd separate myself from you
After so much suffering
I've finally found a man that's true
I was all by myself for the longest time
So cold inside
And the hurt from the heart it would not subside
I felt like dying
Until you saved my life

(Chorus - all)


Thank God I found you

I was lost without you
My every wish and every dream
Somehow became reality
When you brought the sunlight
Completed my whole life
I'm overwhelmed with gratitude
Cause baby I'm so thankful
I found you

(Joe)

I would give you everything
There's nothing in this world I wouldn't do
To ensure your happiness
I'll cherish every part of you
Because without you beside me I can't survive
I don't wanna try
If you're keeping me warm each and every night
I'll be all right
Cause I need you in my life

(Chorus - all)


Thank God I found you (I'm begging you)

I was lost without you (so lost without you)
My every wish and every dream (every dream, every dream)
Somehow became reality
When you brought the sunlight (brought the sunlight)
Completed my whole life
I'm overwhelmed with gratitude
Cause baby I'm so thankful
I found you

-Bridge- (Mariah & Joe)


See I was so desolate

Before you came to me
Looking back I guess it shows
that we were destined to shine
After the rain to appreciate
And care for what we have
And I'd go through it all over again
To be able to feel this way

(Chorus - all)


Thank God I found you

I was lost without you (lost without you baby)
My every wish and every dream
Somehow became reality
When you brought the sunlight
Completed my whole life (whole life)
I'm overwhelmed with gratitude
Sweet baby I'm so thankful
I found you

(Chorus - all)

Thank God I found you
I was lost without you
I'm overwhelmed with gratitude
My baby I'm so thankful
I found you

(Mariah)


I'm overwhelmed with gratitude

My baby I'm so thankful I found you 



juz final check da address @fb inbox to sent out for invitation card..n found out oid msg hehe 1st song dedicated by mr.fiance for me..em b4 our engagement during our newly in relationship ;) n now..juz 1 month left to change the status..insyaAllah after 1 month mr.fiance will b mr.hubby..n i  will b mrs.zuwairi =) pray that our relationship remains forever..oh y mrs.zuwairi not mrs.alif?hehe coz i like zuwairi much than alif ;p opss jgn salah sangka hehe nama je..org ttp sama..only luv da 1 n only, alif zuwairi ;) em mayb sb dh terbiasa refer alif as  4 my little cousin kot..they got same name 'ALIF' n both are my luv 1 so to b different prefer to mention mr.fiance as mr.zuwairi ;) em lg sgt2 suka huruf 'z' n luv da name of zuwairi so much hehe so unique kn?ssh nk jumpe ;) em k back to the song..also dedicated back to mr.hubby-2-b..n thanks Allah i found u too =)