my dear baby

Friday, September 23, 2011

Jodoh itu rahsia Allah SWT

Jodoh itu adalah rahsia Allah SWT terhadap kita.. Dan sesungguhnya kita
tidak tahu dan dapat meramal apa yang di masa hadapan.. Siapa jodoh
kita, berada di sisi kita sama ada sihat atau sakit.. Di masa susah atau
senang.. Di waktu suka atau duka.. Dan siapa wajah yang akan bersama
sama kita hingga ke akhir hayat? Ya.. Itulah rahsia di dalam kehidupan
kita..

 
Dan siapa sangka, orang yang kita benci menjadi jodoh kita.. Dan
mungkin, jodoh kita itu orang yang kita langsung kita tidak kenal.. Dan
mungkin orang yang kita kenal tapi tidak kita sangka menjadi sebahagian
dari hidup kita
..

Perkahwinan bukan sesuatu yang boleh dijangka, dicuba-cuba dan
diagak-agak.. Bila akad telah di lafazkan bersaksi dan berwali maka
tiada ruang untuk berpatah balik.. Apa jua yang berlaku selepas itu
redhakan, tempuhinya walau betapa sukar pun ia.. Takkan ada ruang untuk
kita menyesali sesuatu yg sememangnya dahulu adalah kehendak kita..

Buat jodohku, terima kasih menerima diriku yang serba kekurangan ini
seadanya.. Sudah tertulis aku dan kamu adalah jodohku dan atas kasih
cinta yang bersemi mohon agar mekar hingga ke syurga.. Berpisah kita
cuma mati..


Berlajarlah untuk menerima dan mensyukuri apa yang ada, apa yang menjadi
milik kita dan usahlah melayani perasaan diri yang selalu di tikam
bisikkan nafsu..

Menyedari satu tanggungjawap adalah kemestiaan yang dipikul dan bukan
hanya menjadi cerita membasi buta.. Dan kita punyai kehidupan demi
menjadi menjadi hamba yang bertakwa kepadaNya..






have read an article about 'Jodoh Itu Rahsia Allah SWT'..agreed with that n copy some nice words..to my beloved hubby..thanks you 4 ur love..may our love be blessed by Allah n remains forever..

No comments: